Isnin, 9 September 2013

Waktu Sesuai Untuk Berbekam

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit." 
Menurut Ibnu Sina, ahli perubatan Islam yang terunggul, bekam adalah lebih berkesan untuk membersihkan darah dari bahagian bawah kulit manusia, berbanding dengan cara-cara pendarahan yang lain.
Masa dan waktu yang tidak berepa sesuai untuk berbekam adalah seperti berikut :

1. Di awal bulan qamariah, 1 - 7 haribulan.
2. Di akhir bulan qamariah 24 - 30 haribulan.

Ini kerana pada masa tempoh-tempoh di atas hormon-hormon di dalam tubuh manusia tidak begitu aktif dan kurang terangsang.

Masa selain tempoh-tempoh di atas iaitu mulai 8 - 23 haribulan qamariah adalah tempoh yang paling sesuai dan berkesan bagi rawatan berbekam. Dalam tempon ini hormon-hormon di dalam tubuh manusia paling aktif dan mudah terangsang. Hal ini disebabkan oleh peningkatan cahaya pada jirim bulan. Pada tempoh ini juga berlakunya pengembangan otak di dalam kepala manusia.

Waktu yang paling sesuai rawatan bekam dijalankan ialah di antara pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang.

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Kebaikan Berbekam

KEBAIKAN BERBEKAM

1) Membantu menghilangkan pening dan migrain.

2) Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

3) Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

4) Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

5) Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

6) Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.

7) Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

8) Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

9) Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Jumaat, 26 Julai 2013

Akademi Ilmu Hikmah


AKADEMI ILMU HIKMAH

Sila kunjungi laman web rasmi Akademi Ilmu Hikmah pada pautan berikut :


Terdapat pelbagai program dan keilmuan seperti hipnotis, ilmu gendam, ilmu pelaris, ilmu pengasih, indera keenam, kejayaan, kerezekian, keselamatan, kesuksesan, pendinding diri, penyembuhan, terapi aura, terawangan dan banyak lagi, kesemua ilmu adalah warisan waliyullah.

Tags : hipnotis, ilmu pelaris, ilmu pengasih, indera keenam, kejayaan, kerezekian, keselamatan, kesuksesan, pendinding diri, penyembuhan, terapi aura, terawangan
Rawatan Bekam AlHijamah Putrajaya. Sunnah Rasulullah Yang Mampu Merawat dan Mencegah Pelbagai Penyakit Kronik.