Isnin, 9 September 2013

Waktu Sesuai Untuk Berbekam

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit." 
Menurut Ibnu Sina, ahli perubatan Islam yang terunggul, bekam adalah lebih berkesan untuk membersihkan darah dari bahagian bawah kulit manusia, berbanding dengan cara-cara pendarahan yang lain.
Masa dan waktu yang tidak berepa sesuai untuk berbekam adalah seperti berikut :

1. Di awal bulan qamariah, 1 - 7 haribulan.
2. Di akhir bulan qamariah 24 - 30 haribulan.

Ini kerana pada masa tempoh-tempoh di atas hormon-hormon di dalam tubuh manusia tidak begitu aktif dan kurang terangsang.

Masa selain tempoh-tempoh di atas iaitu mulai 8 - 23 haribulan qamariah adalah tempoh yang paling sesuai dan berkesan bagi rawatan berbekam. Dalam tempon ini hormon-hormon di dalam tubuh manusia paling aktif dan mudah terangsang. Hal ini disebabkan oleh peningkatan cahaya pada jirim bulan. Pada tempoh ini juga berlakunya pengembangan otak di dalam kepala manusia.

Waktu yang paling sesuai rawatan bekam dijalankan ialah di antara pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang.

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.
Rawatan Bekam AlHijamah Putrajaya. Sunnah Rasulullah Yang Mampu Merawat dan Mencegah Pelbagai Penyakit Kronik.